Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2



Terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 (Buku Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi).

Nilai yang pertama ialah nilai kebersihan. Terlihat bahawa ibu Alim sentiasa menjaga kebersihan sekitar apabila dia menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya ketika mereka sedang asyik menjamah buah-buahan. Ibu Alim juga tegas dalam memastikan kebersihan apabila dia mengarahkan anak-anaknya membuang sampah ke dalam bakul sampah supaya rumah tidak kotor dan bersepah.

Nilai yang kedua ialah nilai murah hati. Sikap Alim yang ingin berkongsi makanan kepada rakannya iaitu Sulaiman amatlah bermakna kerana sikapnya itu hasil didikan keluarganya yang masing-masing bersikap murah hati dalam berkongsi sesuatu.

Nilai yang ketiga ialah nilai bersyukur. Sulaiman menunjukkan rasa bersyukur kerana Alim sudi berkongsi buah bersamanya. Sulaiman menunjukkan rasa syukurnya dengan membalas senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Alim.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...