Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM 2019) 3


Nilai yang pertama saya dapat dalam cerita sosial ini adalah nilai tolong menolong. Dapat lihat bahawa setiap hari Alim dan adik-beradiknya akan menolong ibu dan bapanya di rumah dengan melakukan kerja rumah. Sebagai contoh, Alim mengutip mainan yang bertaburan di lantai kerana adiknya sering terlupa untuk mengemasnya. Nilai tolong-menolong ini amat penting terutama sekali jika ia dipraktikan dalam kalangan ahli keluarga.

Nilai yang kedua ialah menjadi contoh yang baik terhadap yang muda. Nilai ini dapat dilihat pada watak Abang Imran dan Kak Madinah yang menunjukkan cara menyapu sampah terhadap Alim. Nilai ini amat bermakna kerana apabila yang tua menunjukkan sikap yang baik, ia akan menjadi contoh kepada generasi yang seterusnya sehingga hal ini akan berterusan dipraktikan sepanjang zaman.

Nilai yang ketiga ialah nilai bersabar. Nilai ini ditunjukkan oleh watak Alim yang sentiasa bersabar apabila dia sering disuruh oleh ibu bapanya untuk melakukan kerja rumah. Sifat bersabar ini membantu Alim untuk menjadi lebih baik dan rajin dalam membantu ahli keluarganya. Sifat ini juga membawa kepada perasaan ikhlas dan reda dalam kehidupan.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...