Friday, June 12, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5









Berdasarkan cerita sosial 5 daripada buku Normaliza Abd Rahim (2019). "Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi". Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Terdapat 3 nilai yang diceritakan dalam buku ini, iaitu nilai kekemasan diri, nilai berkongsi, dan nilai berserah diri ataupun reda.

Nilai yang pertama iaitu nilai kekemasan diri dapat ditunjukkan oleh watak Alim yang sentiasa menyusun dengan rapi dan mengemaskan bukunya setiap hari. Hal ini dapat memudahkan Alim apabila ingin membaca semula buku-bukunya pada sekian hari, kerana mudah untuk mendapatkan bukunya kerana telah disusun dan disimpan rapi.

Seterusnya ialah nilai berkongsi. Alim menunjukkan sifat pemurahnya apabila sering berkongsi barang atau makanannya dengan jiran sebelah rumahnya iaitu Sulaiman. Alim tidak kedekut dan sentiasa berkongsi barang atau makanan yang dia suka. Hal ini menunjukkan Alim tidak berkira harta atau siapa untuk berkongsi.

Akhir sekali, nilai berserah diri atau reda. Alim menunjukkan rasa berserah diri apabila dia jatuh sakit. Alim tidak merungut dengan apa yang dialami dalam hidupnya walaupun iainya suatu keburukan. Alim sentiasa tenang walaupun sakit dengan menunjukkan kesabaran iaitu mendiamkan diri sepanjang waktu sakit. Hal ini menunjukkan bahawa Alim reda dengan musibah yang dialaminya dan sentiasa bersikap tenang menghadapi dugaan.

Oleh itu, kita perlulah mengikuti nilai yang dicontohkan oleh watak Alim agar dapat menjamin kehidupan yang sejahtera.


RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...