Friday, June 5, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4


Berdasarkan "Cerita Sosial 4: Hati"  dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu terdapat tiga nilai murni.

Nilai yang pertama iaitu sifat berdikari. Alim menunjukkan sifat berdikari kerana dia telah belajar dengan rajin dalam kehidupan seharianya. Alim menunjukkan berdikari ketika sebelum ke sekolah iaitu dengan memakai baju sekolah sendiri, memakai kasut sekolah sendiri, dan bersalaman dengan keluarganya.

Nilai kedua iaitu menghormati orang tua. Dapat lihat ketika Alim tunduk apabila berjalan dihadapan orang tua, sentiasa mengucapkan terima kasih dan mengucapkan selamat pagi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini hasil daripada ajaran cikgunya iaitu Cikgu Anis.

Nilai yang ketiga ialah nilai murah hati. Dapat dilihat ketika Alim berkongsi kek cawan dengan rakan yang lain pada hari lahirnya. Kita hendaklah mencontohi Alim yang sanggup berkongsi makanannya walaupun pada hari lahirnya.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...