Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA






RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM 2019) 3


Nilai yang pertama saya dapat dalam cerita sosial ini adalah nilai tolong menolong. Dapat lihat bahawa setiap hari Alim dan adik-beradiknya akan menolong ibu dan bapanya di rumah dengan melakukan kerja rumah. Sebagai contoh, Alim mengutip mainan yang bertaburan di lantai kerana adiknya sering terlupa untuk mengemasnya. Nilai tolong-menolong ini amat penting terutama sekali jika ia dipraktikan dalam kalangan ahli keluarga.

Nilai yang kedua ialah menjadi contoh yang baik terhadap yang muda. Nilai ini dapat dilihat pada watak Abang Imran dan Kak Madinah yang menunjukkan cara menyapu sampah terhadap Alim. Nilai ini amat bermakna kerana apabila yang tua menunjukkan sikap yang baik, ia akan menjadi contoh kepada generasi yang seterusnya sehingga hal ini akan berterusan dipraktikan sepanjang zaman.

Nilai yang ketiga ialah nilai bersabar. Nilai ini ditunjukkan oleh watak Alim yang sentiasa bersabar apabila dia sering disuruh oleh ibu bapanya untuk melakukan kerja rumah. Sifat bersabar ini membantu Alim untuk menjadi lebih baik dan rajin dalam membantu ahli keluarganya. Sifat ini juga membawa kepada perasaan ikhlas dan reda dalam kehidupan.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor.

Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN




RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2



Terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 (Buku Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi).

Nilai yang pertama ialah nilai kebersihan. Terlihat bahawa ibu Alim sentiasa menjaga kebersihan sekitar apabila dia menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya ketika mereka sedang asyik menjamah buah-buahan. Ibu Alim juga tegas dalam memastikan kebersihan apabila dia mengarahkan anak-anaknya membuang sampah ke dalam bakul sampah supaya rumah tidak kotor dan bersepah.

Nilai yang kedua ialah nilai murah hati. Sikap Alim yang ingin berkongsi makanan kepada rakannya iaitu Sulaiman amatlah bermakna kerana sikapnya itu hasil didikan keluarganya yang masing-masing bersikap murah hati dalam berkongsi sesuatu.

Nilai yang ketiga ialah nilai bersyukur. Sulaiman menunjukkan rasa bersyukur kerana Alim sudi berkongsi buah bersamanya. Sulaiman menunjukkan rasa syukurnya dengan membalas senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Alim.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



Tugasan Minggu ke 6. Mencipta akaun Facebook baharu untuk mengemaskini tentang Rule of Thirds yang kami pelajari dalam buku Multimedia Dalam Bahasa.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor.

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...