Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik terbahagi kepada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.


1. Mudah.
Mudah merujuk kepada penglihatan seseorang terhadap gambar dalam bentuk foto atau video yang mudah difahami. Seseorang faham tentang keadaan atau situasi gambar yang dipaparkan. Mesej yang disampaikan juga mudah difahami tanpa mengelirukan orang.

2. Warna
Warna perlu dipaparkan dalam sesuatu gambar dalam bentuk foto atau video. Gambar seharusnya mempunyai tiga warna dan tidak lebih. Namun ia juga bergantung kepada objektif atau mesej yang ingin disampaikan.

3. Teks
Teks yang dipaparkan mestilah menggunakan Jenis dan saiz font yang sesuai. Mesej yang disampaikan mestilah releven dengan gambar yang dipaparkan.

4. Kesesuain
Latar tempat, latar masa, dan latar watak mestilah bersesuaian dengan gambar yang dipaparkan dan mesej yang ingin disampaikan. Setiap latar bersesuaian antara satu sama lain.

5. Keseimbangan
Ruang yang ada dalam gambar perlulah seimbang. Ruang merujuk kepada ruang kiri dan kanan, serta atas dan dan bawah. Setiap ruang perlulah diisikan dengan grafik yang sama berat. Gambar yang disampaikan dengan baik juga dianggap seimbang.

Rujukan: 
 Normaliza Abd Rahim (2019).u Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...