Thursday, March 19, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


Tugasan 1: Bahagian B

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) pula, pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

Secara tuntasnya, pelajar sukar mendapat keyakinan ketika menulis kerana takut penulisannya ditolak dan tidak disukai pembaca. Selain itu pelajar juga suka melibatkan diri dalam aktiviti yang bukan akademik supaya dapat membina sahsiah diri dan sekaligus memberi semangat dan keyakinan pelajar dalam urusan akademik. pelajar akan lebih fokus dalam akademik juga terlibat dengan aktiviti seperti kokurikulum.



RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...