Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh Vandijk (1977)

Teori Analisis  Wacana Kritis oleh Vandijk (1977)


Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dpaat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang diapakai oleh suatu teks



VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topi atau tema sesuatu teks. Superstruktur membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup, dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2018), kajian wacana difokuskan kepada tiga elemen wacana iaitu  kandungan, konteks dan andaian. Sesebuah teks atau ujaran dianalisis dengan merujuk kepada analisis pengisian sebuah teks/tulisan dan ujaran/interaksi tersebut dngan berpandukan tiga elemen iaitu kandungan, konteks serta andaian.

Teori Analisis Wacana (Normaliz Abd rahim, 2018)
Kandungan
1. Tema

Konteks
1.Tatabahasa
2. Latar
3. Emosi

Andaian
1. Pendapat
2. Perujukan
3. Persoalan


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). kajian Wacana dan Startegi Komunikasi, Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...