Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2



Terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 (Buku Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi).

Nilai yang pertama ialah nilai kebersihan. Terlihat bahawa ibu Alim sentiasa menjaga kebersihan sekitar apabila dia menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya ketika mereka sedang asyik menjamah buah-buahan. Ibu Alim juga tegas dalam memastikan kebersihan apabila dia mengarahkan anak-anaknya membuang sampah ke dalam bakul sampah supaya rumah tidak kotor dan bersepah.

Nilai yang kedua ialah nilai murah hati. Sikap Alim yang ingin berkongsi makanan kepada rakannya iaitu Sulaiman amatlah bermakna kerana sikapnya itu hasil didikan keluarganya yang masing-masing bersikap murah hati dalam berkongsi sesuatu.

Nilai yang ketiga ialah nilai bersyukur. Sulaiman menunjukkan rasa bersyukur kerana Alim sudi berkongsi buah bersamanya. Sulaiman menunjukkan rasa syukurnya dengan membalas senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Alim.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



Tugasan Minggu ke 6. Mencipta akaun Facebook baharu untuk mengemaskini tentang Rule of Thirds yang kami pelajari dalam buku Multimedia Dalam Bahasa.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor.

Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

JENIS JENIS SHOT DALAM FOTOGRAFI

Peta minda jenis-jenis shot fotografi


RULE OF THIRDS
Rule of Thirds adalah teknik fotografi yang penting bagi menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan menarik. Teknik ini boleh digunakan dalam apa jua situasi atau jenis gambar bagi menghasilkan imej yang seimbang dalam fotografi. Teknik ini digunakan melalui kaedah grid yang terdapat dalam kamera ataupun telefon pintar. Seseorang perlu teliti menggunakan pemidang titik atau paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Berdasarkan grid, empat bahagian penting perlu dikenal pasti daripada imej untuk meletakkan titik semasa membingkaikan imej. Empat garis penting ini berguna untuk elemen dalam foto. Gambar yang paling penting perlu diletakkan di garisan dan persimpangan grid. Walaubagaimanapun, Rule of Thirds tidak digunakan dalam semua situasi.





RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit: Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Monday, April 27, 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Terutama sekali terima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana telah menyukai beberapa gambar yang telah saya saya muat naik ke dalam aplikasi Instagram bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.

Berikut paparan gambar yang telah di 'like' oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim:

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu 7 PPT Multimedia


TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Tugasan pertama untuk kelas secara dalam talian bagi bidang BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa.
Tugasan berkumpulan diberikan kepada pelajar BBM3410 dalam menyediakan slide secara ringkas tentang BAB 1 dan BAB 2 dalam buku Multimedia dalam Bahasa.

Tugasan Bab 1:



Tugasan Bab 2:



Markah yang diperoleh kumpulan kami:
Be


Nama dan nombor matriks:




RUJUKAN: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Thursday, March 19, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


Tugasan 1: Bahagian B

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) pula, pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

Secara tuntasnya, pelajar sukar mendapat keyakinan ketika menulis kerana takut penulisannya ditolak dan tidak disukai pembaca. Selain itu pelajar juga suka melibatkan diri dalam aktiviti yang bukan akademik supaya dapat membina sahsiah diri dan sekaligus memberi semangat dan keyakinan pelajar dalam urusan akademik. pelajar akan lebih fokus dalam akademik juga terlibat dengan aktiviti seperti kokurikulum.



RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)


Tugasan 1: Bahagian A



RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...