Thursday, March 19, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Tugasan 1: Bahagian B

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) pula, pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

Secara tuntasnya, pelajar sukar mendapat keyakinan ketika menulis kerana takut penulisannya ditolak dan tidak disukai pembaca. Selain itu pelajar juga suka melibatkan diri dalam aktiviti yang bukan akademik supaya dapat membina sahsiah diri dan sekaligus memberi semangat dan keyakinan pelajar dalam urusan akademik. pelajar akan lebih fokus dalam akademik juga terlibat dengan aktiviti seperti kokurikulum.

RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Tugasan 1: Bahagian A

RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Tugasan 3: Bahagian A

STRATEGI KESOPANAN oleh Brown & Levinson (1987)

Bald on-record
Kesopanan Positif
Contoh:
Contoh:
Bersedia!
Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Dengar sini...
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Berikan saya bakul besar itu
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
Lampu itu berwarna hijau

Jemput masuk
Jemput makan
Kesopanan Negatif
Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini
Tolong berikan saya pinggan putih itu
Mahal betul harga kasut disini
Kalau begitu, seikit arahan tidak diperlukan?
Cantik baju kamu
Membuang botol kosong merata-rata tidak diperlukan.

MUHAMMAD ZULFADLI BIN ZAKARIA
(199751)

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

Tugasan 3: Bahagian B

Sinopsis Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Kepulangan bapa Alim ke rumah dengan membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli di pasar tani menimbulkan kegembiraan pada ahli keluarganya terutama sekali Aisyah yang gemar terhadap buah manggis. Mereka sekeluarga menjamah buah-buahan tersebut tanpa menyepahkan kawasan kerana bakul sampah telah disediakan oleh ibu. Pesanan ibu bapa yang selalu diingati Alim iaitu tentang berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Alim ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan jirannya iaitu Sulaiman. Alim memberi Sulaiman satu plastik merah yang berisi rambutan dan manggis yang telah disusun oleh ibunya. Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga menerima pemberian Alim dengan membalas senyuman dan ucapan terima kasih. Alim teringat tentang abang Imran, Madinah dan Aisyah yang selalu berkongsi barang atau makanan dengannya. Kemudian Alim menolong ahli keluarganya mengemas rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana telah berkongsi makanan dengan anakknya iaitu Sulaiman. Alim membalas ucapan tersebut dan mengigatkan pesan ibu bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah, serta Pak Cik Yakub ialah jiran yang baik dan kita hendaklah berbaik dengan semua jiran. Mak Cik Timah memberikan ekspresi wajah yang sedih kerana terharu dengan tingkah laku Alim yang baik terhadap jiran. Alim terus pulang ke rumah sambil berpesan bahawa Alim suka Sulaiman kerana Sulaiman ialah kawannya.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu Ke-5 (Buku:Kajian Wacana) B

Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAN INSTAGRAM

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Manfaat mengunakan Instagram ialah membantu pengguna untuk mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain. Selain itu, ia juga memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka serta berkongsi pengetahuan mereka. Seterusnya, Instagram juga mampu mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Pengguna juga boleh mencipta aura positif dalam video.  Instragram dapat menyumbang kepada penggunanya dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Akhir sekali, pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar.

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik (Instagram)

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik terbahagi kepada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

1. Mudah.
Mudah merujuk kepada penglihatan seseorang terhadap gambar dalam bentuk foto atau video yang mudah difahami. Seseorang faham tentang keadaan atau situasi gambar yang dipaparkan. Mesej yang disampaikan juga mudah difahami tanpa mengelirukan orang.

2. Warna
Warna perlu dipaparkan dalam sesuatu gambar dalam bentuk foto atau video. Gambar seharusnya mempunyai tiga warna dan tidak lebih. Namun ia juga bergantung kepada objektif atau mesej yang ingin disampaikan.

3. Teks
Teks yang dipaparkan mestilah menggunakan Jenis dan saiz font yang sesuai. Mesej yang disampaikan mestilah releven dengan gambar yang dipaparkan.

4. Kesesuain
Latar tempat, latar masa, dan latar watak mestilah bersesuaian dengan gambar yang dipaparkan dan mesej yang ingin disampaikan. Setiap latar bersesuaian antara satu sama lain.

5. Keseimbangan
Ruang yang ada dalam gambar perlulah seimbang. Ruang merujuk kepada ruang kiri dan kanan, serta atas dan dan bawah. Setiap ruang perlulah diisikan dengan grafik yang sama berat. Gambar yang disampaikan dengan baik juga dianggap seimbang.

Rujukan: 
 Normaliza Abd Rahim (2019).u Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh Vandijk (1977)

Teori Analisis  Wacana Kritis oleh Vandijk (1977)

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dpaat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang diapakai oleh suatu teks

VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topi atau tema sesuatu teks. Superstruktur membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup, dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2018), kajian wacana difokuskan kepada tiga elemen wacana iaitu  kandungan, konteks dan andaian. Sesebuah teks atau ujaran dianalisis dengan merujuk kepada analisis pengisian sebuah teks/tulisan dan ujaran/interaksi tersebut dngan berpandukan tiga elemen iaitu kandungan, konteks serta andaian.

Teori Analisis Wacana (Normaliz Abd rahim, 2018)
Kandungan
1. Tema

Konteks
1.Tatabahasa
2. Latar
3. Emosi

Andaian
1. Pendapat
2. Perujukan
3. Persoalan

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). kajian Wacana dan Startegi Komunikasi, Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Taksonomi dan pendidikan Strategi Komunikasi

TAKSONOMI DAN PENDIDIKAN STRATEGI KOMUNIKASI

Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pebgabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Pencapaian atau Strategi Pampasan
3.Parafasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Pengstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan pengesahan atau membuat tekaan/Appeal for help 

Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu 
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/startegi penanda (hesitation devices)

Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian strategi pengelakan, strategi pencapaian/pampasan dan strategi penanguhan/tambahan waktu. Ia dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi. Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengekalan topik ialah pengelakan menulis sesuatu topik.

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). kajian Wacana dan Startegi Komunikasi, Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...