Saturday, July 18, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dibuat menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kalendar ini dilengkapi dengan tarikh bagi setiap bulan, latar belakang, gambar penulis, dan kata-kata yang ringkas. Namun begitu, terdapat masalah teknikal bagi memuat naik gambar halam depan Kalendar 2021 ini. Bagi halaman depan kalendar, penulis mengambil gambar secara manual dan memuat naik ke dalam halaman blog ini. Di sini saya sertakan Kalendar 2021 yang telah saya siapkan. Sila rujuk rajah di bawah:

Friday, June 19, 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Terdapat beberapa perbezaan antara penggunaan medium atau aplikasi Twitter dengan Facebook berdasarkan kajian dalam buku 'Eh!!! Media Sosial'.

1. Medium Twitter lebih mudah untuk mendapatkan informasi-informasi yang sahih berbanding medium Facebook.

2. Medium Twitter mempunyai lebih aura positif berbanding medium Facebook kerana ia kebaykan penggunanya terdiri daripada individu yang berpendidikan.

3. Medium Facebook membantu guru dan pelajar berkongsi maklumat secara bersemuka. Manakala medium Twitter tidak menawarkan kemudahan untuk para pengguna bersemuka secara langsung.

4. Medium Facebook membantu pelajar dalam mengasah keterampilan berbahasa Inggeris manakala medium Twitter membantu pelajar mengasah kemahiran dalam menggunakan pembendaharaan kata dan struktur ayat.

5. Medium Facebook digunakan oelh pelajar sebagai tempat untuk mengasah konunikasi manakala Twitter digunakan sebagai medium untuk mendapatkan maklumat.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

Logo yang dilukis pada sebelah kiri Lirik Lagu 1 adalah berkaitan dengan lirik tersebut.
Logo tersebut bermaksud ikatan hubungan kekeluargaan mestilah erat atau rapat supaya dapat melahirkan keluarga yang bahagia dan sejahtera. Logo tersebut juga bermaksud bahawa kita tidak mampu hidup bersendirian untuk berjaya dengan bahagia tanpa adanya keluarga yang saling menyokong dan membantu kita.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKANAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor.

Friday, June 12, 2020

BBM3410Satu2020: AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

Berdasarkan cerita sosial 5 daripada buku Normaliza Abd Rahim (2019). "Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi". Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Terdapat 3 nilai yang diceritakan dalam buku ini, iaitu nilai kekemasan diri, nilai berkongsi, dan nilai berserah diri ataupun reda.

Nilai yang pertama iaitu nilai kekemasan diri dapat ditunjukkan oleh watak Alim yang sentiasa menyusun dengan rapi dan mengemaskan bukunya setiap hari. Hal ini dapat memudahkan Alim apabila ingin membaca semula buku-bukunya pada sekian hari, kerana mudah untuk mendapatkan bukunya kerana telah disusun dan disimpan rapi.

Seterusnya ialah nilai berkongsi. Alim menunjukkan sifat pemurahnya apabila sering berkongsi barang atau makanannya dengan jiran sebelah rumahnya iaitu Sulaiman. Alim tidak kedekut dan sentiasa berkongsi barang atau makanan yang dia suka. Hal ini menunjukkan Alim tidak berkira harta atau siapa untuk berkongsi.

Akhir sekali, nilai berserah diri atau reda. Alim menunjukkan rasa berserah diri apabila dia jatuh sakit. Alim tidak merungut dengan apa yang dialami dalam hidupnya walaupun iainya suatu keburukan. Alim sentiasa tenang walaupun sakit dengan menunjukkan kesabaran iaitu mendiamkan diri sepanjang waktu sakit. Hal ini menunjukkan bahawa Alim reda dengan musibah yang dialaminya dan sentiasa bersikap tenang menghadapi dugaan.

Oleh itu, kita perlulah mengikuti nilai yang dicontohkan oleh watak Alim agar dapat menjamin kehidupan yang sejahtera.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

BBM3410Satu2020: ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor.

Friday, June 5, 2020

BBM3410Satu2020: AKTIVITI ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

Berdasarkan "Cerita Sosial 4: Hati"  dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu terdapat tiga nilai murni.

Nilai yang pertama iaitu sifat berdikari. Alim menunjukkan sifat berdikari kerana dia telah belajar dengan rajin dalam kehidupan seharianya. Alim menunjukkan berdikari ketika sebelum ke sekolah iaitu dengan memakai baju sekolah sendiri, memakai kasut sekolah sendiri, dan bersalaman dengan keluarganya.

Nilai kedua iaitu menghormati orang tua. Dapat lihat ketika Alim tunduk apabila berjalan dihadapan orang tua, sentiasa mengucapkan terima kasih dan mengucapkan selamat pagi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini hasil daripada ajaran cikgunya iaitu Cikgu Anis.

Nilai yang ketiga ialah nilai murah hati. Dapat dilihat ketika Alim berkongsi kek cawan dengan rakan yang lain pada hari lahirnya. Kita hendaklah mencontohi Alim yang sanggup berkongsi makanannya walaupun pada hari lahirnya.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

BBM3410Satu2020: ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor.

Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM 2019) 3

Nilai yang pertama saya dapat dalam cerita sosial ini adalah nilai tolong menolong. Dapat lihat bahawa setiap hari Alim dan adik-beradiknya akan menolong ibu dan bapanya di rumah dengan melakukan kerja rumah. Sebagai contoh, Alim mengutip mainan yang bertaburan di lantai kerana adiknya sering terlupa untuk mengemasnya. Nilai tolong-menolong ini amat penting terutama sekali jika ia dipraktikan dalam kalangan ahli keluarga.

Nilai yang kedua ialah menjadi contoh yang baik terhadap yang muda. Nilai ini dapat dilihat pada watak Abang Imran dan Kak Madinah yang menunjukkan cara menyapu sampah terhadap Alim. Nilai ini amat bermakna kerana apabila yang tua menunjukkan sikap yang baik, ia akan menjadi contoh kepada generasi yang seterusnya sehingga hal ini akan berterusan dipraktikan sepanjang zaman.

Nilai yang ketiga ialah nilai bersabar. Nilai ini ditunjukkan oleh watak Alim yang sentiasa bersabar apabila dia sering disuruh oleh ibu bapanya untuk melakukan kerja rumah. Sifat bersabar ini membantu Alim untuk menjadi lebih baik dan rajin dalam membantu ahli keluarganya. Sifat ini juga membawa kepada perasaan ikhlas dan reda dalam kehidupan.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor.

Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 (Buku Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi).

Nilai yang pertama ialah nilai kebersihan. Terlihat bahawa ibu Alim sentiasa menjaga kebersihan sekitar apabila dia menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya ketika mereka sedang asyik menjamah buah-buahan. Ibu Alim juga tegas dalam memastikan kebersihan apabila dia mengarahkan anak-anaknya membuang sampah ke dalam bakul sampah supaya rumah tidak kotor dan bersepah.

Nilai yang kedua ialah nilai murah hati. Sikap Alim yang ingin berkongsi makanan kepada rakannya iaitu Sulaiman amatlah bermakna kerana sikapnya itu hasil didikan keluarganya yang masing-masing bersikap murah hati dalam berkongsi sesuatu.

Nilai yang ketiga ialah nilai bersyukur. Sulaiman menunjukkan rasa bersyukur kerana Alim sudi berkongsi buah bersamanya. Sulaiman menunjukkan rasa syukurnya dengan membalas senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Alim.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Tugasan Minggu ke 6. Mencipta akaun Facebook baharu untuk mengemaskini tentang Rule of Thirds yang kami pelajari dalam buku Multimedia Dalam Bahasa.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor.

Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

JENIS JENIS SHOT DALAM FOTOGRAFI

Peta minda jenis-jenis shot fotografi

RULE OF THIRDS
Rule of Thirds adalah teknik fotografi yang penting bagi menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan menarik. Teknik ini boleh digunakan dalam apa jua situasi atau jenis gambar bagi menghasilkan imej yang seimbang dalam fotografi. Teknik ini digunakan melalui kaedah grid yang terdapat dalam kamera ataupun telefon pintar. Seseorang perlu teliti menggunakan pemidang titik atau paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Berdasarkan grid, empat bahagian penting perlu dikenal pasti daripada imej untuk meletakkan titik semasa membingkaikan imej. Empat garis penting ini berguna untuk elemen dalam foto. Gambar yang paling penting perlu diletakkan di garisan dan persimpangan grid. Walaubagaimanapun, Rule of Thirds tidak digunakan dalam semua situasi.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit: Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Monday, April 27, 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Terutama sekali terima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana telah menyukai beberapa gambar yang telah saya saya muat naik ke dalam aplikasi Instagram bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.

Berikut paparan gambar yang telah di 'like' oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim:

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu 7 PPT Multimedia

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Tugasan pertama untuk kelas secara dalam talian bagi bidang BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa.
Tugasan berkumpulan diberikan kepada pelajar BBM3410 dalam menyediakan slide secara ringkas tentang BAB 1 dan BAB 2 dalam buku Multimedia dalam Bahasa.

Tugasan Bab 1:

Tugasan Bab 2:

Markah yang diperoleh kumpulan kami:
Be

Nama dan nombor matriks:

RUJUKAN: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Thursday, March 19, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Tugasan 1: Bahagian B

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) pula, pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

Secara tuntasnya, pelajar sukar mendapat keyakinan ketika menulis kerana takut penulisannya ditolak dan tidak disukai pembaca. Selain itu pelajar juga suka melibatkan diri dalam aktiviti yang bukan akademik supaya dapat membina sahsiah diri dan sekaligus memberi semangat dan keyakinan pelajar dalam urusan akademik. pelajar akan lebih fokus dalam akademik juga terlibat dengan aktiviti seperti kokurikulum.

RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Tugasan 1: Bahagian A

RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Tugasan 3: Bahagian A

STRATEGI KESOPANAN oleh Brown & Levinson (1987)

Bald on-record
Kesopanan Positif
Contoh:
Contoh:
Bersedia!
Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Dengar sini...
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Berikan saya bakul besar itu
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
Lampu itu berwarna hijau

Jemput masuk
Jemput makan
Kesopanan Negatif
Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini
Tolong berikan saya pinggan putih itu
Mahal betul harga kasut disini
Kalau begitu, seikit arahan tidak diperlukan?
Cantik baju kamu
Membuang botol kosong merata-rata tidak diperlukan.

MUHAMMAD ZULFADLI BIN ZAKARIA
(199751)

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

Tugasan 3: Bahagian B

Sinopsis Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Kepulangan bapa Alim ke rumah dengan membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli di pasar tani menimbulkan kegembiraan pada ahli keluarganya terutama sekali Aisyah yang gemar terhadap buah manggis. Mereka sekeluarga menjamah buah-buahan tersebut tanpa menyepahkan kawasan kerana bakul sampah telah disediakan oleh ibu. Pesanan ibu bapa yang selalu diingati Alim iaitu tentang berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Alim ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan jirannya iaitu Sulaiman. Alim memberi Sulaiman satu plastik merah yang berisi rambutan dan manggis yang telah disusun oleh ibunya. Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga menerima pemberian Alim dengan membalas senyuman dan ucapan terima kasih. Alim teringat tentang abang Imran, Madinah dan Aisyah yang selalu berkongsi barang atau makanan dengannya. Kemudian Alim menolong ahli keluarganya mengemas rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana telah berkongsi makanan dengan anakknya iaitu Sulaiman. Alim membalas ucapan tersebut dan mengigatkan pesan ibu bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah, serta Pak Cik Yakub ialah jiran yang baik dan kita hendaklah berbaik dengan semua jiran. Mak Cik Timah memberikan ekspresi wajah yang sedih kerana terharu dengan tingkah laku Alim yang baik terhadap jiran. Alim terus pulang ke rumah sambil berpesan bahawa Alim suka Sulaiman kerana Sulaiman ialah kawannya.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu Ke-5 (Buku:Kajian Wacana) B

Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAN INSTAGRAM

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Manfaat mengunakan Instagram ialah membantu pengguna untuk mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain. Selain itu, ia juga memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka serta berkongsi pengetahuan mereka. Seterusnya, Instagram juga mampu mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Pengguna juga boleh mencipta aura positif dalam video.  Instragram dapat menyumbang kepada penggunanya dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Akhir sekali, pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar.

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...