Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Isnin. 17 Februari 2020. Kuliah pada hari ini setiap kumpulan telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah buku yang diisi dengan gambar yang mempunyai elemen asas grafik yang lengkap. Kumpulan kami telah berjaya menghasilkannya pada masa yang diberikan. 

Rajah 1: Gambar elemen teks dalam asas grafik

Bahan-bahan untuk menghasilkan buku seperti di Rajah 1 adalah seperti berikut:
1. Majalah terpakai (Lebih kecil daripada saiz A4)
2. Mounting board
3. Gunting
4. Gam
5. Pisau lipat
6. Penebuk lubang
7. Reben

Langkah pertama yang dilakukan oleh kumpulan kami untuk menghasilkan sebuah buku bergambar asas grafik ini kami mulakan dengan mencari gambar yang sesuai dan mempunyai elemen asas grafik yang lengkap yang terdapat dalam majalah terpakai. Gambar tersebut dipotong dengan mengunnakan gunting dan pisau lipat.

Seterusnya susun setiap gambar tersebut berdasarkan kelebihan elemen asas grafik yang ada pada gambar. Seperti elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Kemudian tebuk lubang pada mounting board mengikut jarak yang sama rata. Gambar-gambar yang telah disusun akan  dilekatkan pada  setiap mounting board. Gambar yang telah dilekatkan akan diratakan supaya tidak timbul gelembung udara pada permukaan gambar.

Bagi menghasilkan muka hadapan pula, gunting setiap huruf yang perlu pada majalah bagi menghasilkan nama-nama ahli kumpulan. 
Susun nama ahli mengikut nombor matriks. Gam huruf-huruf tersebut dengan kemas.

Akhir sekali, susun mounting board mengikut urutan. Urutan yang pertama sekali ialah muka hadapan iaitu nama ahli kumpulan, diikuti dengan gambar elemen mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan. Kemudian ikat dengan kemas pada bahagian lubang yang telah ditebuk dengan menggunakan reben. Buku gambar rajah tentang elemen asas grafik kami telah pun selesai.

Kuliah pada hari ini kami belajar tentang kerja berkumpulan untuk menghasilkan sesuatu dengan cekap dan cermat.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...