Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

LANGKAH MENULIS BLOG DENGAN BAIK


Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

10 langkah ini amatlah penting bagi menghasilkan blog dengan baik. Langkah yang pertama iaitu tajuk yang menarik. Tajuk mestilah ringkas dan padat supaya pembaca mudah memahami tentang apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Bagi menarik perhatian pembaca, tajuk blog juga mestilah unik dan mudah dibaca. Langkah yang seterusnya ialah cerita yang menarik. Cerita yang menarik haruslah cerita yang mempunyai isi-isi penting yang dapat memberi manfaat kepada pembaca. Cerita yang disampaikan hendaklah diceritakan dengan hati yang terbuka. Perlu diletakkan unsur-unsur perasaan atau emosi seperti unsur gembira, sedih, jenaka dan sebagainya agar cerita yang disampaikan mempunyai perisa yang istimewa. Langkah yang seterusnya ialah masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Ini kerana pembaca ingin membaca dengan senang hati. Jadi ayat-ayat yang humor mampu menggelikan hati pembaca sehingga menyebabkan pembaca lebih seronok dan sentiasa ingin membaca penulisan-penulisan yang disampaikan oleh blogger yang diminati. Langkah keempat iaitu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hujah yang baik perlu disertakan dalam penulisan blog kerana pembaca akan lebih yakin dengan isi yang disampaikan oleh penulis kerana telah disokong dengan huja-hujah yang kukuh. Langkah seterusnya ialah kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Langkah ini menunjukkan bahawa penulisan kita tidak lapuk dan tertutup. Kaitan antara penulisan dengan berita terkini akan memberikan penulisan anda lebih menarik.

Langkah yang keenam ialah gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ia akan memudahkan untuk membaca dan pembaca tidak akan muak untuk terus membaca blog anda. Seterusnya, ianya perlu dapat dibaca dan difahami. Gunakan ayat yang mudah. Selain itu, berkomunikasi dengan pembaca. Kaedah ini menunjukkan bahawa penulis dekat dengan jiwa pembaca dan memahaminya. Langkah kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan agar dapat memberi penghayatan kepada pembaca. Akhir sekali, seseorang penulis blogger mestilah berilmu untuk penulisan yang berkaitan pendidikan agar tidak menyesatkan dan meragukan pembaca.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writting: Embracing The Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial: Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...