Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' BUKU KAJIAN WACANA

MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK: KELUARGA
[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehngga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi perketi
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Cerita berkaitan Model Penceritaan di atas:

Sepanjang bulan puasa atau bulan ramadan, saya akan sentiasa menolong kedua-dua ibu bapa saya dalam urusan harian mereka. Pada setiap pagi, saya akan membantu ibu untuk menyediakan makanan untuk sahur. Ibu kebiasaanya akan memasak makanan yang sederhana kerana kami sekeluarga tidak terlampau berselera untuk makan di awal pagi. Pada waktu malam pula, saya akan membantu bapa saya untuk berniaga di pasar malam sepanjang bulan ramadan. Saya sentiasa membantu ibu bapa dan melayan mereka dengan sopan supaya tidak terlukakan hati mereka. Ibu bapa amat saya sayangi. Tidak terlupa juga adik beradik saya iaitu kakak sulung, abang, adik serta saudara-mara yang lain. Ini kerana mereka selalu ada untuk saya apabila saya dalam kesusahan. Merekalah orang yang pertama akan membantu dan menaikkan semangat hidup saya. 


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). kajian Wacana dan Startegi Komunikasi, Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu.

Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blanket Test pada 24/2/2020:


1.Terangkan apa yang difahamkan dengan elemen asas grafik mudah.

Jawapan: Asas grafik mudah ini difahamkan apabila kita melihat gambar yang diberi secara tidak langsung kita dapat meneka gambar tersebut membawa maksud pemandangan laut bukan gambar sekolah atau kereta.

2.Terangkan apakah yang ditayangkan pada papan layar berkaitan dengan asas fotografi.
Jawapan: Siluet dan pendua


Kumpulan: Tiada Tajuk Production 

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Asas-asas dalam fotografik

a. Gambar ahli kumpulan yang berasaskan MugShot



1. MugShot (zulfadli)




 2. MugShot (Abidin)




 3. MugShot (Dilla)




4. MugShot (Haziq) 





 5. MugShot (Emmy)




 6. MugShot (Rashidah)




 7. MugShot (Syafika)




 8. MugShot (Aqilla)




9. MugShot (Nina)


b. Gambar yang berasaskan LongShot

1. LongShot (tanpa manusia)


2. LongShot 


c. Gambar yang berasaskan MediumShot

1. MediumShot 

 2. MediumShot



d. Gambar yang berasaskan potrait

1. Potrait (Gambar penuh badan) 


2. Potrait


e. Gambar yang berasaskan close up

 1. Close Up (manusia)

2. Close Up (objek)

Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: KELUARGA


KELUARGAKU

Aku ialah anak ketiga dalam empat adik-beradik. Aku mempunyai seorang kakak, seorang abang, seorang adik lelaki dan ibu bapa yang tercinta. Ayahku seorang peniaga. Pada setiap pagi dia berniaga di kedainya manakalah pada sebelah malam dia berniaga di pasar malam. Dia berkerja setiap hari dan cuti apabila ada sebab yang penting seperti kecemasan atau sebagainya. Ibuku pula seorang suri rumah yang rajin. Dia membantu bapaku dalam perniagaannya. Anak yang sulung dalam keluarga kami ialah kakak. Dia sekarang telah habis melanjutkan ijazahnya dan berkerja berhampiran rumah ku iaitu di bandar Ipoh. Yang kedua ialah abang, dia juga sudah habis pengajian ijazah sarjana muda di Unirazak dan sekarang bekerja di Cheras. Aku yang ketiga, masih lagi belajar di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bachelor Sastera: Bahasa dan Linguistik Melayu. Akhir sekali, adik lelaki saya yang masih bersekolah dan kini sedang menghadapi peperiksaan yang penting iaitu SPM. Inilah sedikit ulasan tentang keluargaku

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM


Sinopsis Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Kepulangan bapa Alim ke rumah dengan membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli di pasar tani menimbulkan kegembiraan pada ahli keluarganya terutama sekali Aisyah yang gemar terhadap buah manggis. Mereka sekeluarga menjamah buah-buahan tersebut tanpa menyepahkan kawasan kerana bakul sampah telah disediakan oleh ibu. Pesanan ibu bapa yang selalu diingati Alim iaitu tentang berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Alim ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan jirannya iaitu Sulaiman. Alim memberi Sulaiman satu plastik merah yang berisi rambutan dan manggis yang telah disusun oleh ibunya. Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga menerima pemberian Alim dengan membalas senyuman dan ucapan terima kasih. Alim teringat tentang abang Imran, Madinah dan Aisyah yang selalu berkongsi barang atau makanan dengannya. Kemudian Alim menolong ahli keluarganya mengemas rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana telah berkongsi makanan dengan anakknya iaitu Sulaiman. Alim membalas ucapan tersebut dan mengigatkan pesan ibu bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah, serta Pak Cik Yakub ialah jiran yang baik dan kita hendaklah berbaik dengan semua jiran. Mak Cik Timah memberikan ekspresi wajah yang sedih kerana terharu dengan tingkah laku Alim yang baik terhadap jiran. Alim terus pulang ke rumah sambil berpesan bahawa Alim suka Sulaiman kerana Sulaiman ialah kawannya.

Rajah 1: Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH


NAMA: MUHAMMAD ZULFADLI BIN ZAKARIA
NO. MATRIKS: 199751



Berdasarkan buku Eh!!! Media Sosial, terdapat 10 faktor mengapa media sosial digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antaranya ialah, kebiasaan, aktiviti luar kelas, kebebasan, seronok dan bermotivasi, interaksi penting, sumber informasi yang sahih, sesi pembelajaran yang cekap dan efektif, maklum balas, penglibatan komuniti, dan mendorong penglibatan.

Soalan yang diberikan dalam buku ini iaitu Aktiviti 2: Apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa?

Berdasarkan soalan tersebut, terdapat empat manfaat media sosial dalam kelas bahasa antaranya ialah kebiasaan. Pelajar di era milenium atau generasi y ini sudah terbiasa dengan penggunaan gadjet dan media sosial dalam kehidupan seharian. Ini memudahkan sesi pembelajaran menggunakan media sosial. Seterusnya kebebasan. Pelajar bebas belajar pada tahap keupayaan sendiri dengan meneroka media sosial secara bebas untuk mencari maklumat. Selain itu, seronok dan bermotivasi. Media sosial amat seronok untuk digunakan dan ia juga mampu merangsang motivasi pelajar dengan meningkatkan kemahiran dalam diri pelajar.

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Isnin. 17 Februari 2020. Kuliah pada hari ini setiap kumpulan telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah buku yang diisi dengan gambar yang mempunyai elemen asas grafik yang lengkap. Kumpulan kami telah berjaya menghasilkannya pada masa yang diberikan. 

Rajah 1: Gambar elemen teks dalam asas grafik

Bahan-bahan untuk menghasilkan buku seperti di Rajah 1 adalah seperti berikut:
1. Majalah terpakai (Lebih kecil daripada saiz A4)
2. Mounting board
3. Gunting
4. Gam
5. Pisau lipat
6. Penebuk lubang
7. Reben

Langkah pertama yang dilakukan oleh kumpulan kami untuk menghasilkan sebuah buku bergambar asas grafik ini kami mulakan dengan mencari gambar yang sesuai dan mempunyai elemen asas grafik yang lengkap yang terdapat dalam majalah terpakai. Gambar tersebut dipotong dengan mengunnakan gunting dan pisau lipat.

Seterusnya susun setiap gambar tersebut berdasarkan kelebihan elemen asas grafik yang ada pada gambar. Seperti elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Kemudian tebuk lubang pada mounting board mengikut jarak yang sama rata. Gambar-gambar yang telah disusun akan  dilekatkan pada  setiap mounting board. Gambar yang telah dilekatkan akan diratakan supaya tidak timbul gelembung udara pada permukaan gambar.

Bagi menghasilkan muka hadapan pula, gunting setiap huruf yang perlu pada majalah bagi menghasilkan nama-nama ahli kumpulan. 
Susun nama ahli mengikut nombor matriks. Gam huruf-huruf tersebut dengan kemas.

Akhir sekali, susun mounting board mengikut urutan. Urutan yang pertama sekali ialah muka hadapan iaitu nama ahli kumpulan, diikuti dengan gambar elemen mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan. Kemudian ikat dengan kemas pada bahagian lubang yang telah ditebuk dengan menggunakan reben. Buku gambar rajah tentang elemen asas grafik kami telah pun selesai.

Kuliah pada hari ini kami belajar tentang kerja berkumpulan untuk menghasilkan sesuatu dengan cekap dan cermat.


BBM3410Satu2020: Blanket Test

17 Februari 2020. Waktu kuliah pada jam 10:00am telah diadakan satu sesi blanket test. Bagi kumpulan kami iaitu Kumpulan Tiada Tajuk telah dapat menjawab tiga soalan yang diperi dengan tepat iaitu:

Soalan 1:
Berapakah elemen yang terdapat pada kepentingan asas grafik?

Jawapan (Syafika):
Terdapat 5 elemen pada kepentingan asas grafik

Soalan 2:
Berikan elemen yang terdapat pada gambar 1

Jawapan (Haziq):
Gambar 1 tidak mempunyai teks

Soalan 3:
Berikan elemen yang terdapat pada gambar 2

Jawapan (Zulfadli):
Gambar 2 terdapat elemen kesesuaian.

Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Sinopsis Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 

Alim mempunyai empat orang adik beradik. Kakaknya Madinah, abangnya Imran dan adiknya Aisyah. Alim mengikuti ibu bapa bersama adik beradik pulang ke kampung di Kajang. Kampung tersebut adalah tempat tinggal nenek dan datuk sebelah ibunya. Alim sangat teruja untuk pulang ke kampung kerana dapat bermain dengan ayam dan itik. Kehilangan ayam dan itik di reban membuatkan Alim berasa amat sedih sehingga menangis. Setelah hadirnya nenek menunjukkan reban baharu kepada Alim, tangisannya mula reda. Seterus mereka sekeluarga masuk ke rumah nenek dan datuk. Alim sekali lagi sedih dan menangis kerana bersangka bahawa rumah nenek dan datuk sudah tiada. Nenek sekali lagi datang memujuk Alim dan menunjukkan perabot baharu di rumahnya. Alim sudah mula tenang dan gembira menghabiskan masanya di rumah datuk dan nenek bersama ibu bapa dan adik beradiknya. Hal yang terjadi turut merisaukan hati ibu bapanya terhadap keadaan Alim yang tidak menentu.


RUJUKAN:


Normaliza Abd Rahim (2019). kajian Wacana dan Startegi Komunikasi, Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

14 Februari 2020 adalah hari pertama aku mula menulis blog. Pada hari jumaat yang mulia ini, aku ditugaskan oleh Prof untuk menulis dan mencipta sebuah blog. Jadi inilah blog pertamaku yang bertajuk TENTANG DIRI.

Nama aku Muhammad Zulfadli. Aku ialah anak ketiga daripada empat beradik iaitu anak kepada Encik Zakaria dan Puan Imelda. Sekarang aku berumur 22 tahun. Pendidikan secara formal yang telah aku peroleh bermula dengan tadika pada umur 5 tahun, sekolah rendah di Sk Sungai Rapat, sekolah menengah di SMK Rapat Setia, tingkatan 6 di SMK Raja Chulan dan akhirnya aku berjaya masuk ke Universiti Putra Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Di sini aku mula belajar untuk memperkukuhkan kemahiran insaniah dan membina rangkaian agar dapat membantu dalam dunia perkerjaan kelak. Kebetulan pula menerima peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang linguistik melayu. Ianya sekali gus dapat memperkukuhkan penguasaan bahasa melayu dan rasa bangga terhadap bahasa melayu agar dapat mempertingkatkan bahasa melayu ke seluruh dunia.
Aku harap dengan mempelajari bahasa dapat membantu aku dalam dunia pekerjaan dan alam dewasa. Mungkin aku dapat menceburi bidang musik sebagai seorang penulis lirik lagu. Hal ini kerana impian aku dahulu ingin mempunyai sebuah band yang bergenre 'hardcore'. 

Sekian sahaja daripada saya, insan yang baru hendak mengenali alam dewasa ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan hadir ke blog saya. Ini kali pertama saya menulis blog. Saya harap dapat memperbaiki dan mempertingkatkan lagi cara penulisan saya ini. Di bawah ini saya sertakan gambar saya untuk anda semua. Assalamualaikum dan terima kasih.



BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

LANGKAH MENULIS BLOG DENGAN BAIK


Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

10 langkah ini amatlah penting bagi menghasilkan blog dengan baik. Langkah yang pertama iaitu tajuk yang menarik. Tajuk mestilah ringkas dan padat supaya pembaca mudah memahami tentang apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Bagi menarik perhatian pembaca, tajuk blog juga mestilah unik dan mudah dibaca. Langkah yang seterusnya ialah cerita yang menarik. Cerita yang menarik haruslah cerita yang mempunyai isi-isi penting yang dapat memberi manfaat kepada pembaca. Cerita yang disampaikan hendaklah diceritakan dengan hati yang terbuka. Perlu diletakkan unsur-unsur perasaan atau emosi seperti unsur gembira, sedih, jenaka dan sebagainya agar cerita yang disampaikan mempunyai perisa yang istimewa. Langkah yang seterusnya ialah masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Ini kerana pembaca ingin membaca dengan senang hati. Jadi ayat-ayat yang humor mampu menggelikan hati pembaca sehingga menyebabkan pembaca lebih seronok dan sentiasa ingin membaca penulisan-penulisan yang disampaikan oleh blogger yang diminati. Langkah keempat iaitu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hujah yang baik perlu disertakan dalam penulisan blog kerana pembaca akan lebih yakin dengan isi yang disampaikan oleh penulis kerana telah disokong dengan huja-hujah yang kukuh. Langkah seterusnya ialah kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Langkah ini menunjukkan bahawa penulisan kita tidak lapuk dan tertutup. Kaitan antara penulisan dengan berita terkini akan memberikan penulisan anda lebih menarik.

Langkah yang keenam ialah gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ia akan memudahkan untuk membaca dan pembaca tidak akan muak untuk terus membaca blog anda. Seterusnya, ianya perlu dapat dibaca dan difahami. Gunakan ayat yang mudah. Selain itu, berkomunikasi dengan pembaca. Kaedah ini menunjukkan bahawa penulis dekat dengan jiwa pembaca dan memahaminya. Langkah kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan agar dapat memberi penghayatan kepada pembaca. Akhir sekali, seseorang penulis blogger mestilah berilmu untuk penulisan yang berkaitan pendidikan agar tidak menyesatkan dan meragukan pembaca.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writting: Embracing The Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial: Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.




BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Bagi melengkapkan tugasan terkahir amali untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA, saya telah menyiapkan Kalendar 2021. Kalendar ini dib...